Blogger Backgrounds

Monday, May 16, 2011

ANDA HENDAK TAHU??

Bukti Mengenai
Tulang Juga Boleh Berubah Kepanjangannya
 Percayakah anda, seorang perenang itu mempunyai torso yang lebih panjang? Sebagai contoh:perenang antarabangsa Michael Phelps, dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, beliau memiliki torso bagi individu berketinggian 6 kaki 8 inci. Sukan renang merupakan sukan yang amat menyihatkan disampingboleh membantu anda untuk menambah ketinggian serta membuatkan tubuh badan bertambah sihat.
 Dalam sukan baseball, tanganseorang pitcher kebiasaannya 1-3 inci lebih panjang daripada tangan orang biasa kesan daripada latihan membaling bola baseball.
 Aktiviti menendang dapat membantu ketinggian pada tulang kering pada kaki dan tulang paha. Steven Seagal, Van Damme dan Bruce Lee mempunyai kaki yang panjangnya melebihi badan mereka. Perhatikan juga pada Kick Boxer Thai, anda akan mendapati mereka mempunyai kaki yang lebih panjang. Hampir kesemua kick boxer mempunyai kaki yang lebih panjang 1-2 inci dari kebiasaannya (1 inci = 2.54 cm, jadi hampir 5 cm!!)
 Wanita dari kalangan suku kaum Karen mempunyai leher yang panjang. Leher mereka menjadi panjang kerana sejak kecil lagi anak-anak perempuan mereka dipakaikan gelung leher yang diperbuat daripada logam.




                                                                         





Carta Berat Badan & Ketinggian Yang Ideal
Lelaki
Wanita
158 cm 51-64 kg
150 cm 44-55 kg
160 cm 52-66 kg
153 cm 45-57 kg
163 cm 54-69 kg
155 cm 47-59 kg
165 cm 55-70 kg
158 cm 48-61 kg
168 cm 57-71 kg
160 cm 49-63 kg
170 cm 59-73 kg
163 cm 50-64 kg
173 cm 61-75 kg
165 cm 52-66 kg
175 cm 63-77 kg
168 cm 53-67 kg
178 cm 64-79 kg
170 cm 55-70 kg
180 cm 66-81 kg
173 cm 57-73 kg
183 cm 68-84 kg
175 cm 59-75 kg
185 cm 70-86 kg
178 cm 61-77 kg
188 cm 72-88 kg
180 cm 63-79 kg
THE BODY MASS INDEX (BMI)
Index Berat Badan
(Merupakan kaedah untuk mengenalpasti  berat badan yang sihat)
BMI Formula BMI( kg/m² ) = berat dalam kilogram / tinggi dalam meter²
Contoh : Berat badan 50 kg dengan tinggi badan 160 cm = 50 kg /(1.6 X 1.6) = 19.53 BMI
Nilai BMI
Status
<18.5
Underweight
18.5 - 24.9
Normal
25 - 29.9
Overweight
>30
Obesiti
Jika anda tidak memenuhi standard yang tertera diatas, janganlah bersusah hati, berfikirlah secara positif dan perkuatkan keinginan anda untuk menjadi lebih tinggi. Anda telah pun menemui kaedah  semulajadi, berkesan, selamat & murah bagi masalah ketinggian anda.







anda nk tau x...ak underweight owh..haha..still x normal lagii..ishh..nak kne naik badan nihhh.adoiii













0 comments: